Wednesday 27 May 2015

Membangunkan Sistem Pangkalan Data: Membina Borang


Borang(form) ialah antara muka yang digunakan untuk memaparkan, memasukkan dan mengubah data dalam pangkalan data. Borang membantu pengguna memasukkan data pada medan yang betul.


AYUH KITA BINA BORANG!

1. Lancarkan aplikasi pangkalan data.
  • Lancarkan aplikasi Microsoft Access

2. Buka fail pangkalan data
  • Klik File > Open
  • Pilih fail dan klik Open
 


3. Bina borang
  • Klik Create > Form
 


4. Simpan fail pangkalan data
  • Klik File > Save
 
  • Pada kotak dialog Save As, taipkan nama borang pada medan Form Name. Klik OK 
 


5. Tutup fail pangkalan data.
  • Klik File > Close Database
 
6. Tamatkan aplikasi
  • Klik File > Exit
 

Membangunkan Sistem Pangkalan Data: Memasukkan Data Menggunakan Jadual

MARI KITA MASUKKAN DATA!

1. Lancarkan aplikasi pangkalan data
  • Lancarkan aplikasi Microsoft Access

2. Buka fail pangkalan data
  • Klik File > Open
  • Pilih fail dan klik Open



3. Buka jadual pangkalan data.
  • Klik Home > View > Datasheet View


4. Masukkan data ke dalam jadual.
  • Taipkan data pada sel yang berkenaan.


5. Simpan fail pangkalan data
  • Klik File > Save


6. Tutup fail pangkalan data.
  • Klik File > Close Database



7. Tamatkan aplikasi
  • Klik File > Exit

Membangunkan Sistem Pangkalan Data: Membina Jadual

MARI KITA MULAKAN

1. Lancarkan aplikasi pangkalan data.
  •  Lancarkan aplikasi Microsoft Access    
2. Bina fail pangkalan data baharu 
  •  Klik File > New > Blank Database 
  • Taipkan nama fail.
  • Pilih folder dan klik Create 
 


3. Simpan fail dalam folder projek
    • Klik File > Save
 

    • Taipkan nama jadual.
    • Klik OK
 


4. Bina medan dalam jadual dan tetapkan jenis data
    • Klik Home > View > Design View
 
    • Taipkan nama medan dan tetapkan jenis data


5. Simpan fail pangkalan data
    • Klik File > Save

 

6. Tutup fail pangkalan data
    • Klik File > Close Database

 

7. Tamatkan apikasi
    • Klik File > Exit


TAHNIAH! 
ANDA TELAH BERJAYA MEMBINA JADUAL


Tuesday 26 May 2015

Peranti Rangkaian 2

Peranti rangkaian komputer terdiri daripada:
  • Peranti Penghantar
  • Peranti Komunikasi
  • Media Penghantaran 
  • Peranti Penerima
 





Peranti Rangkaian dan Fungsinya 1

Kad Antara Muka Rangkaian (Network Interface Card)


Kad antara muka rangkaian
  • Peranti ini membolehkan sesebuah komputer berhubung dengan komputer atau peranti lain dalam rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan kabel rangkaian.



Titik Capaian Tanpa Wayar (Wireless Access Point)


Titik capaian tanpa wayar


  • Membolehkan pemindahan data antara komputer dengan komputer-komputer dan peranti-peranti yang lain dalam rangkaian tanpa wayar.

Penyesuai Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless Network Adapter)

Penyesuai rangkaian tanpa wayar
  • Membolehkan komputer berhubung ke rangkaian tanpa wayar.
  • Peranti ini boleh berbentuk terbenam pada papan induk atau boleh disambung ke port USB atau PCMCIA.


Modem
Modem
  • Modem menukarkan isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat berbentuk analog dan sebaliknya untuk membolehkan sambungan ke Internet melalui talian telefon.


Penghala
Penghala
  • Penghala berfungsi sebagai penghubung antara rangkaian yang berlainan.
  • Penghala mempercepat penghantaran data ke destinasi melalui pemilihan laluan yang terbaik


Hab (Hub)
Hab
  • Hab berfungsi menyambungkan beberapa komputer dan peranti dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN)
  • Hab mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan.



Suis (Switch)

Suis
  • Suis mempunyai fungsi yang sama seperti hab.
  • Alat ini hampir menyerupai hab tetapi berupaya menyemak data yang diterima, menentukan alat penerima dan alat penghantar data serta menghantar data tersebut dengan tepat. 

Buku Alamat e-Mel

  • Buku alamat e-mel ialah satu senarai atau direktori dalam aplikasi emel yang mengandungi nama dan alamat e-mel kenalan
  • buku alamat e-mel juga boleh mengandungi butiran lain seperti nombor telefon, alamat rumah dan alamat pejabat. 
  • kelebihan penggunaan buku alamat e-mel ialah penyimpanan maklumat kenalan dalam satu tempat dan boleh dicapai semula dengan mudah.