Kad antara muka rangkaian |
- Peranti ini membolehkan sesebuah komputer berhubung dengan komputer atau peranti lain dalam rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan kabel rangkaian.
Titik Capaian Tanpa Wayar (Wireless Access Point)
Titik capaian tanpa wayar |
- Membolehkan pemindahan data antara komputer dengan komputer-komputer dan peranti-peranti yang lain dalam rangkaian tanpa wayar.
Penyesuai Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless Network Adapter)
Penyesuai rangkaian tanpa wayar |
- Membolehkan komputer berhubung ke rangkaian tanpa wayar.
- Peranti ini boleh berbentuk terbenam pada papan induk atau boleh disambung ke port USB atau PCMCIA.
Modem
Modem |
- Modem menukarkan isyarat komputer berbentuk digital ke isyarat berbentuk analog dan sebaliknya untuk membolehkan sambungan ke Internet melalui talian telefon.
Penghala
Penghala |
- Penghala berfungsi sebagai penghubung antara rangkaian yang berlainan.
- Penghala mempercepat penghantaran data ke destinasi melalui pemilihan laluan yang terbaik
Hab (Hub)
Hab |
- Hab berfungsi menyambungkan beberapa komputer dan peranti dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN)
- Hab mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan.
Suis (Switch)
Suis |
- Suis mempunyai fungsi yang sama seperti hab.
- Alat ini hampir menyerupai hab tetapi berupaya menyemak data yang diterima, menentukan alat penerima dan alat penghantar data serta menghantar data tersebut dengan tepat.
No comments:
Post a Comment