Monday 27 October 2014

4th Task

Apa itu Internet?

Internet adalah rangkaian jaringan komputer yang terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Banyak organisasi termasuk agensi kerajaan, swasta, institusi pendidikan dan individu yang telah disambungkan ke Internet.

Masyarakat di seluruh dunia menggunakan internet setiap hari untuk urusan seperti berikut:

  • Berkomunikasi dalam talian
  • Mengakses pelbagai sumber maklumat, berita, dan penemuan penyelidikan
  • Membeli-belah bagi barangan dan perkhidmatan
  • Perbankan elektronik
  • Mengikuti kelas pembelajaran maya
  • Mengakses sumber seperti permainan dalam talian, video, buku dan majalah
  • Berkongsi maklumat


Perkhidmatan-perkhidmatan Internet

Perkhidmatan Capaian Maklumat

  • Protokol Pindahan Fail (File Transfer Protocol : FTP)- FTP membolehkan pengguna memindah fail dengan mudah diantara dua komputer yang berada dalam jaringan komputer.
  • Muat turun - Dirujukkan sebagai memindah-terima fail atau kadang kala disebut sebagai memuat turun fail. Ini kerana Internet menjadi sumber kepada pelbagai fail-fail lain termasuk permainan, grafik, font, bunyian, muzik, video dan lain-lain.


Perkhidmatan Carian Maklumat (enjin carian)

  • Disebut enjin carian atau ‘search engine’. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan lebih pantas. Terdapat beberapa enjin carian iaitu :Yahoo (www.yahoo.com), Google (www.google.com), Bing (www.bing.com)


Perkhidmatan Komunikasi

  • Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan yangboleh dikategorikan kepada perkhidmatan komunikasi iaitu : E-mel, Laman sosial, Blog


No comments:

Post a Comment